Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Foto Zen Hashim (TVS)

Haji: Hidangan MRE penuhi citarasa jemaah – Mohd Na’im

ByLuqman Muhammad

ARAFAH, 15 Jun: Kaedah penyediaan makanan MRE (Meals, Ready-To-Eat) yang disediakan bagi menampung 31,600 jemaah Malaysia di perkhemahan Masyair mendapat pujian serta sesuai dengan citarasa jemaah haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, respon positif itu dinyatakan jemaah Malaysia ketika beliau melakukan tinjauan di tapak perkhemahan Arafah di sini, hari ini.

“Tahun kedua saya melawat sebagai Menteri Agama apa yang saya dapati kalau tahun sebelum ini isu makanan antara aduan yang kita terima, tapi pagi tadi saya tengok mereka habiskan makanan dengan penuh selera dan saya difahamkan makanan malam juga sungguh sedap,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak perkhemahan di sini.

Pada tahun ini sebanyak 16 sajian makanan akan dihidangkan kepada jemaah haji termasuk sesi sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam dengan menggunakan kaedah MRE.

Respon jemaah haji menerusi perkongsian di Facebook juga mendapati rata-rata jemaah haji yang berada di perkhemahan Arafah menikmati hidangan yang disediakan itu.

Dalam pada itu Mohd Na’im berkata, penambahbaikan yang dilakukan terhadap keperluan tandas dapat menampung kesemua jemaah yang berada di perkhemahan Arafah.

“Yang keduanya pada musim haji kali ini tandas ada dua tingkat, jadi jemaah tidak perlu beratur panjang untuk menggunakan tandas.

“Tidak lupa penambahan penghawa dingin juga sangat baik dan mampu mengekalkan suhu sejuk yang berpanjangan,” katanya lagi.

Justeru, beliau berharap kemudahan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji membolehkan jemaah dapat memberikan fokus yang baik untuk beribadat serta berdoa tanpa perlu memikirkan masalah penghawa dingin dan makanan yang tidak enak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan