Search
Close this search box.
Keadaan cuaca panas dengan suhu 44 darjah celsius tidak menghalang 31,600 jemaah haji Malaysia untuk melakasanakan rukun haji berwukuf di padang Arafah pada hari ini. Foto Zen Hashim (TVS)

Haji: Cuaca panas tidak halang 31,600 jemaah berwukuf di Arafah

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 15 Jun: Cuaca panas mencecah suhu 44 darjah celsius tidak menghalang 31,600 jemaah haji Malaysia berwukuf di padang Arafah pada hari ini.

Rata-rata mereka nekad mengambil tempat lebih awal agar tidak ketinggalan untuk berdoa pada waktu wukuf yang merupakan waktu paling mustajab untuk berdoa.

Tinjauan TVS menyaksikan para jemaah Malaysia kelihatan bersemangat dan teruja bagi menyempurnakan rukun haji meskipun cuaca panas bukan sahaja mereka yang dalam kalangan pertengahan usia, bahkan jemaah warga emas juga tidak mensia-siakan peluang tersebut.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam pada itu turut tampil menyediakan kemudahan untuk memastikan kesemua jemaah haji yang tidak sihat agar dapat melaksanakan rukun berwukuf di Arafah menerusi program Safari Wukuf.

Sebanyak lapan buah van telah diubah suai bagi membolehkan jemaah haji Malaysia yang kurang berkemampuan dari segi kesihatan dapat berwukuf pada waktu yang sama.

TH juga memperkenalkan Program Prihatin Tetamu Ar-Rahman (PENEMAN) bagi membantu jemaah warga emas yang dikenal pasti memerlukan bantuan dan bimbingan khusus sepanjang tempoh kemuncak ibadah haji atau masyair pada musim haji 1445H/2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan