Search
Close this search box.
Dua lelaki disyaki penjenayah ditembak mati ketika berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, kira-kira 5 petang, semalam. Foto hiasan Envato

Dua maut berbalas tembakan dengan polis di Johor

ByBernama

JOHOR BAHRU, 15 Jun: Dua lelaki disyaki penjenayah ditembak mati ketika berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, kira-kira 5 petang, semalam.

Ketua Polis Johor, CP M Kumar berkata, seorang suspek berusia 42 tahun, manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti identitinya kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati individu berusia 42 tahun itu mempunyai 38 rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

“Kejadian ini berlaku ketika sepasukan polis dari Bahagian D14, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian D9, JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor mengekori sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima berwarna putih yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila menyedari diekori, suspek bertindak melarikan diri sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan polis yang sedang mengekori rapat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

M Kumar berkata, tindakan suspek itu menyebabkan pihak polis turut melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki suspek dan insiden berbalas tembakan berlarutan sehingga keadaan selamat.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek yang berada di dalam Toyota Estima itu terkena tembakan dan maut di lokasi.

Pihaknya turut menemukan dua pucuk pistol di dalam kenderaan itu serta sepucuk pistol pada badan seorang suspek.

“Selain itu, polis turut menjumpai pelbagai jenis bahan dipercayai dadah berbahaya di dalam kenderaan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan