Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol ketika berucap pada Majlis Penghargaan Sukarelawan Azam Young Souls 2024 di Kuching. Foto TVS

Belia realisasikan aspirasi Sarawak ke arah negeri maju menjelang 2030 – Abdullah

KUCHING, 15 Jun: Penglibatan 40 belia Azam Young Souls (AYS) dalam aktiviti sukarela ketika Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024 yang berlangsung pada 26 hingga 27 Mei yang lalu membuktikan kebolehan Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak memimpin serta membentuk jati diri, selain melahirkan belia berkualiti.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, dedikasi serta komitmen yang ditonjolkan oleh bakat-bakat baharu dalam melontarkan suara serta tenaga mereka dalam persidangan itu selaras dengan nilai dan aspirasi Sarawak ke arah negeri maju menjelang 2030.

“Saya rasa penglibatan anda semua amat penting dalam semua aspek kerana bukan mudah untuk menganjurkan sesuatu acara di mana dua pertiga daripada yang hadir adalah pelawat luar.

“Ini bukan sahaja persidangan semata-mata, tetapi melibatkan layanan mesra serta imej kita sebagai sebuah negeri di mana setiap individu, setiap sukarelawan menampilkan diri menjadi duta anak Sarawak dan urusan persidangan dan juga kepelbagaian budaya kita, dan cara kita bekerja, kesungguhan anak Sarawak dalam keinginan, kesungguhan kita untuk mencapai sebuah negeri yang maju mengikut polisi kerajaan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Penghargaan Azam Young Souls di Star on Stage di sini, petang Jumaat.

Tambah Abdullah, penganjuran SMeC yang diamanahkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada beliau, bukanlah satu tugasan dan amanah yang mudah untuk dipikul, namun dengan adanya kerjasama daripada semua pihak, termasuk AYS, menyaksikan kejayaan program tersebut.

Seramai 40 sukarelawan AYS menerima sijil penghargaan atas komitmen mereka semasa Persidangan Media Sarawak 2024 yang lalu.

Program tersebut merupakan anjuran bersama AZAM, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) dan Business Events Sarawak.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah UKAS, Joachim Paggang Jabong, Pengerusi AZAM, Datu William Patrick Nyigor, Ketua Pegawai Eksekutif AZAM, Ali Suhaili dan Presiden KDJA, Ronnie Teo Teck Wei. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan