Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan Malaysia, Dato Lukanisman Awang Sauni ketika menghadiri Kempen Kesedaran Penyakit Tibi di Klinik Kesihatan Jalan Merbau Miri pada Sabtu. Foto TVS

Bangunan tambahan Hospital Miri beroperasi mulai Ogos depan – Lukanisman

MIRI, 15 Jun: Bangunan tambahan Hospital Miri dijangka akan mula beroperasi selewatnya pada Ogos atau September depan  setelah ia siap dibina pada 29 April lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato Lukanisman Awang Sauni berkata pembinaan bangunan tambahan tersebut membolehkan peningkatan bilangan katil dan bilik kecemasan bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pesakit.

Bangunan tambahan Hospital Miri dijangka beroperasi Ogos ini.

“Ingin saya maklumkan bahawa bangunan tambahan Hospital Miri akan mula beroperasi selewatnya bulan Ogos atau September pada tahun ini. Ini merupakan bangunan tambahan yang telah lama dirancang oleh pemimpin lepas. Saya difahamkan perancangan ini telah dirancang sejak Rancangan Malaysia Ke (RMK)-10, dibina pada RMK-11, dan kini di penghujung RMK-12.

“Ini sudah hampir 10 tahun untuk membina bangunan tambahan yang membolehkan bilangan katil dan bilik kecemasan diluaskan atau beri perkhidmatan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Kempen Kesedaran Penyakit Tibi di Klinik Kesihatan Jalan Merbau Miri pada Sabtu.

Meskipun begitu, beliau tidak menafikan pihak KKM masih berdepan isu kekurangan kakitangan kesihatan seperti pakar, doktor dan jururawat untuk ditempatkan di hospital seluruh Malaysia terutama Sarawak yang mempunyai geografi yang luas.

Oleh itu, beliau menggalakkan kepada mana-mana anak Sarawak yang berminat menjadi doktor dan pakar kesihatan untuk terus berusaha supaya perkhidmatan dan kepakaran mereka dapat dimanfaatkan oleh masyarakat pada masa akan datang.

Terdapat juga katanya perancangan untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Jalan Merbau yang merupakan poliklinik tertua di Miri tetapi masih menerima kunjungan yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, Lukanisman mengingatkan agar masyarakat untuk mengelakkan perasaan stigma dan diskriminasi kepada pesakit Tibi, sebaliknya perlu memberi sokongan dan dorongan kepada mereka yang menghidapinya.

“Stigma dan diskriminasi terhadap pesakit Tibi hanya akan memburukkan keadaan dan menghalang mereka daripada mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang diperlukan. Amalkan gaya hidup yang sihat dan dapatkan rawatan awal sekiranya anda merasakan terdapat simptom penyakit ini,” ujarnya.

Untuk rekod setakat tahun 2023, Malaysia telah mencatatkan lebih 25,000 kes Tibi dan Sarawak mencatatkan 3,177 kes Tibi, menjadikannya negeri ketiga tertinggi di negara ini selepas Sabah dengan 5,814 kes, dan Selangor dengan 5,631 kes.

Kempen kesedaran ini merupakan antara usaha membendung penularannya diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya penyakit Tibi, simptom-simptom penyakit Tibi, cara-cara pencegahan dan kepentingan mendapatkan rawatan awal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan