Search
Close this search box.
Keputusan masa penuh - FA R16 Kuching City FC mara ke peringkat suku akhir Piala FA 2024-2025! Foto: Facebook Malaysian Football League

Zahrul Nizwan muncul wira Kuching City

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Jaringan di penghujung saingan masa tambahan oleh pemain gantian Zahrul Nizwan Joe Kifli Zulkeflee membawa Kuching City FC mara ke suku akhir dengan menyingkirkan naib juara musim lepas Kuala Lumpur City (KL City) FC, 3-2 di sini malam ini.

Tatkala perlawanan seakan-akan diheret ke penentuan penalti, Zahrul Nizwan bijak mencari ruang kosong dengan memanfaatkan serangan balas dari sebelah kanan direncanakan Alauddin Farid Atan untuk menyumbat masuk gol kemenangan pasukannya pada minit ketiga masa kecederaan.

Terdahulu, aksi masa sebenar perlawanan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras menyaksikan penyerang Muhammad Haqimi Azim Rosli meletakkan tuan rumah di depan apabila menolak masuk lorongan Sean Gan Giannelli dari sebelah kiri pada minit ke-14 sebelum rembatan silang pemain import Filemon Anyie Standly mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-26.

Ketua pasukan Paulo Josue berjaya melepasi perangkap offside untuk meletakkan KL City kembali di depan menerusi gol pada minit ke-39 namun penyerang Nur Shamie Iszuan Amin menggegar jaring tuan rumah pada minit ke-68 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak akan membuat perhitungan dengan pemenang perlawanan antara  juara lima kali Selangor FC atau juara dua kali Negeri Sembilan FC yang bakal berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, esok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan