Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat delegasi diketuai Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Astana Negeri, hari ini. Foto Cheryl Syahmina Toh (TVS)

Tun Wan Junaidi sertai ‘Sarawak Harmony Walk 2024’

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 14 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijadual menyertai ‘Sarawak Harmony Walk 2024’ di sini pada 29 Jun ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata bertemakan ‘Unity is our calling’, acara ini mensasarkan 5,000 peserta dari 12 kontinjen termasuk lapan institusi agama.

“Acara ini juga bertujuan sebagai satu pengisian program dalam meraikan Sambutan Hari Sarawak 2024,” katanya ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat bagi mengundang Tun Dr Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Uggah yang juga Menteri bertanggungjawab terhadap UNIFOR berkata perarakan sejauh kira-kira dua kilometer itu akan bermula dan berakhir di Padang Merdeka.

Menerusi kunjungan hormat itu, Tun Dr Wan Junaidi berbesar hari menyertai acara yang akan bermula seawal 6 pagi ini.

Penyertaan tahun ini akan melibatkan peserta-peserta dari Persatuan Gereja-gereja di Sarawak, Persatuan Penganut Buddha Malaysia Cawangan Sarawak, Federasi Pertubuhan Tokong Sarawak, Persatuan Kuil Sikh Sarawak, Spiritual Assembly of the Baha’is of Sarawak, Malaysian Hindu Sangam Sarawak Branch, Kuil Sri Maha Mariamman Kuching, Pusat Islam Sarawak serta agensi-agensi media. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan