Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk Perayaan Gawai Dayak Sarawak diketuai Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto JAPEN

Tun Wan Junaidi dan isteri tetamu kehormat Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, Jun 14: Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak peringkat negeri Sarawak akan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Penasihat Jawatankuasa Induk Perayaan Gawai Dayak Sarawak berkata jemputan untuk tetamu kehormat disampaikan menerusi kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

“Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga antara tetamu jemputan bagi majlis ini nanti,” katanya ditemui selepas kunjungan hormat.

Turut serta rombongan pagi tadi, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Dengan tema, “Segulai Sejalai” “Indi’ Awang, Indi’ Asung”, Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak 2024 akan bertempat di Pusat Borneo Konvensyen Kuching (BCCK) pada 22 Jun.

Majlis itu juga akan menghimpunkan rakyat Sarawak dari pelbagai latar belakang sebagai simbol kepada semangat perpaduan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan