Search
Close this search box.
Zaidi Hamid semasa Majlis Ihtifal Kesenian Islam Perujian Tilawah, Tafsir dan Menghafal Al-Quran Peringkat Penghuni Zon Sarawak Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2024 di Pejabat Pengarah Penjara Sarawak di Kuching, semalam. Foto TVS

Syor wujud sekolah tahfiz dalam penjara di Sarawak

KUCHING, 14 Jun: Jabatan Penjara Negeri Sarawak dan Majlis Islam Sarawak (MIS) disaran mewujudkan sekolah tahfiz dalam penjara di Sarawak.

Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Zaidi Hamid berkata pengajian tahfiz dalam penjara akan melahirkan mereka yang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab.

“Kita di peringkat pengurusan BAKA telah melancarkan sekolah tahfiz. Saya juga berharap supaya peringkat penjara negeri Sarawak ini ada sekolah tahfiz yang diadakan dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ihtifal Kesenian Islam Perujian Tilawah, Tafsir Dan Menghafal Al-Quran Peringkat Penghuni Zon Sarawak, Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2024 di Pejabat Pengarah Penjara Sarawak di sini, semalam.

Tambahnya, beliau sangat berharap agar penjara-penjara di Sarawak dan Sabah menyahut seruan pihak BAKA untuk mewujudkan sekolah tahfiz.

Antara sekolah tahfiz dalam penjara yang telah diwujudkan adalah Sekolah Tahfiz al-Quran al-Furqan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang dan Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah Penjara Kluang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan