Search
Close this search box.
Wong mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. (Foto Bernama)

Penjaja makanan didakwa bunuh isteri

ByBernama

IPOH, 14 Jun: Seorang penjaja makanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya, dua hari lepas.

Wong Chun Foo, 56, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret S. Punitha, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Wong didakwa membunuh Yew Mee Foong, 48, di sebuah rumah di Kampung Simee di sini antara 8.30 hingga 9 pagi pada 12 Jun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan mahkamah menetapkan 19 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Vachitra Wong Rui Fern manakala Wong tidak diwakili peguam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad sebelum ini dilapor berkata mangsa ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah di kawasan rumahnya dengan tiga kesan tikaman di bahagian dada dan kecederaan di bahagian kepala. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan