Search
Close this search box.
Majlis Countdown 100 Days To Paralimpik Sukma XXI Sarawak di Raia Hotel And Convention Centre Kuching pada Jumaat. TVS

Para SUKMA: Insentif kepada kepada atlet menang, cipta rekod terbaharu – Fatimah

KUCHING, 14 Jun: Kerajaan negeri menjanjikan insentif kepada atlet memperoleh pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 termasuk mereka yang mencatat rekod baharu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau dalam pada itu berkata setakat ini kuantum berkenaan insentif tersebut belum didedahkan terlebih dahulu.

“Seperti yang telah dimaklumkan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sebenarnya kerajaan negeri sudah memberikan peruntukan kepada kita untuk membolehkan kita memberi insentif kepada yang menang dan satu lagi yang dapat pecah rekod.

“Tapi kuantum belum dapat diberitahu tapi bagi kita untuk memberitahu kepada atlet memang ada insentif…Insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Countdown 100 Days To Paralimpik Sukma XXI Sarawak di Raia Hotel And Convention Center Kuching pada Jumaat.

Tambahnya, Sarawak mensasarkan 83 pingat emas dari atlet Para SUKMA kali ini melalui acara olahraga dan renang.

Hal ini jelas Fatimah sukan tersebut menawarkan lebih banyak pinggat untuk para atlet menangi.

“Kalau kita melihat daripada 10 acara sukan yang paling banyak menawarkan event ialah olahraga dan renang.

“Jadi dengan sebab itu kalau sesuatu sukan itu menawarkan banyak medal kita perlu lakukan melalui acara sukan tersebut bagi memperoleh emas,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan