Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Countdown 100 Days To Paralimpik Sukma XXI Sarawak di Raia Hotel And Convention Center Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Para SUKMA: Atlet paralimpik inspirasi kepada golongan OKU – Dr Sim

KUCHING, 14 Jun: Temasya Para SUKMA ke-21 Sarawak diyakini menjadi platform untuk memperkasakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui bidang sukan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata kebolehan atlet yang terlibat boleh menjadi sumber inspirasi kepada golongan OKU yang lain untuk berdikari meningkatkan keupayaan diri melalui bakat mereka.

Sehubungan itu menurut beliau pelaksanaan Para SUKMA akan menyaksikan keupayaan mereka yang memiliki kelebihan melalui usaha keras mereka sendiri.

“Para SUKMA sebenarnya adalah inspirasi yang hebat untuk kita semua kerana orang ini mempunyai kelebihan mereka yang masih berusaha keras dan melakukannya dengan baik.

“Ia adalah perayaan yang tidak hanya penekanan kepada kecacatan namun harus dilihat pada kemampuan mereka kerana kita harus melihat pada positif tidak selalu negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Countdown 100 Days To Paralimpik Sukma XXI Sarawak di Raia Hotel And Convention Center Kuching pada Jumaat.

Sebanyak 10 sukan bersamaan dengan 361 acara yang melibatkan anggaran jumlah 1400 orang atlet para dan 600 pegawai.

Para SUKMA akan melibatkan 15 buah negeri termasuk dengan wilayah persekutuan labuan.

Acara yang akan dipertandingkan seperti acara para memanah, para olahraga, para badminton, boccia,para lawn bowls, para powerlifting, para renang, para catur, para pingpong dan para ten bowling. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan