Search
Close this search box.
Potensi pokok sagu yang belum banyak diteroka dari aspek keterjaminan makanan, daya tahan ekonomi dan kemampanan ekologi akan dikupas mendalam menerusi Simposium Sagu Antarabangsa Ke-15. Foto TROPI

Pakar antarabangsa kupas potensi sagu menerusi simposium

ByElani Rosllan

KUCHING, 14 Jun: Potensi pokok sagu yang belum banyak diteroka dari aspek keterjaminan makanan, daya tahan ekonomi dan kemampanan ekologi akan dikupas mendalam menerusi Simposium Sagu Antarabangsa Ke-15 di sini pada 23 hingga 26 September.

Pengarah Institut Penyelidikan Tanah Gambut Tropika (TROPI) Sarawak Datu Dr Lulie Melling berkata perbincangan simposium akan berkisar tentang tema “Meneroka Potensi Sagu: Ke Arah Sistem Makanan Mampan dan Pemulihan Alam Sekitar”.

“Simposium ini bertujuan untuk memanfaatkan potensi ini dengan mengumpulkan pelbagai kumpulan pakar, pengamal dan peminat dari seluruh dunia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, simposium itu merangkumi Sesi dan Pembentangan Terperinci yang memboleh peserta berinteraksi dengan penyelidik terkemuka dan pakar industri sambil mereka berkongsi pandangan dan penemuan terkini tentang aspek pertanian, pemakanan dan alam sekitar pemulihan sawit dan tanah gambut.

Menerusi Bengkel Interaktif pula, para peserta boleh mengambil bahagian dalam bengkel untuk memupuk kemahiran dan pengetahuan dalam teknik penanaman inovatif, teknologi pemprosesan, strategi pasaran dan pemulihan tanah gambut.

Para peserta juga berpeluang meluaskan rangkaian, membentuk kerjasama baharu dan bertukar idea dengan pihak berkepentingan daripada pelbagai sektor, mempertingkatkan pembangunan peribadi dan profesional.

Mengenai segmen Perbincangan Dasar, Lulie berkata ia membabitkan perbincangan yang membentuk dasar dan pelaburan masa depan dalam penanaman sagu, memfokuskan kepada amalan mampan dan pembangunan strategik.

“Kita juga perlu membincangkan bagaimana pokok sagu sangat penting untuk pemulihan tanah gambut tropika,” ujarnya.

Acara ini bukan sahaja peluang untuk meluaskan pemahaman peserta tetapi juga platform untuk menyumbang kepada pergerakan global ke arah kemampanan dan pemulihan menggunakan pokok sagu sebagai komponen utama.

“Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Kuching ke simposium yang merangsang dan produktif yang menjanjikan impak yang besar di peringkat global terhadap keselamatan makanan dan kemampanan ekosistem tanah gambut tropika,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan