Search
Close this search box.

Isu klinik daif di Sarawak, kerajaan negeri teliti usaha bantu tangani beban Persekutuan – Dr Sim

ByOdleen Catherny

KUCHING, 14 Jun: Jawatankuasa teknikal diketuai Ketua Setiausaha Kerajaan Persekutuan dan Setiausaha Kerajaan Sarawak meneliti pengendalian isu klinik daif di wilayah ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata jawatankuasa teknikal terbabit pada ketika ini meneliti kaedah Kerajaan Sarawak dalam usaha membantu dalam mengurangkan bebanan isu berkenaan.

Isu klinik daif, Kerajaan Sarawak teliti keutamaan | TVS

“Membantu bukan dengan mengunakan dana kerajaan negeri untuk membayar dahulu tetapi melihat kepada yang mana satu menjadi keutamaan. Ini kita tinggalkan kepada jawatankuasa teknikal.

“Kalau tidak nanti, Premier Sarawak dan Perdana Menteri terpaksa turun padang pergi melawat sendiri setiap klinik daif yang ada. Bukannya mereka tidak mahu, tetapi banyak lagi perkara lain yang perlu dilaksanakan,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Umum Sarawak, di sini, hari ini.

Menurut Dr Sim, setiap cadangan jawatankuasa teknikal akan dibawa ke dalam perbincangan bersama.

“Mungkin ada yang kami akan persetujui, mungkin juga tidak dipersetujui yang mana ia boleh dilaksanakan kemudian. Kami juga melihat kepada kemungkinan penggunaan sebahagian dana kerajaan negeri dan sebagainya,” katanya lagi.

Secara keseluruhannya, kata Dr Sim, Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan sebanyak RM17 bilion untuk naik taraf klinik daif di Sarawak.

“Ia dana yang lebih besar daripada sekolah daif. Untuk klinik, apa yang penting ialah keperluan untuk menaik taraf semua fasiliti yang ada di dalamnya,” jelasnya.

Mengulas lanjut beliau berkata kemajuan jawatankuasa teknikal perlu dibawa ke peringkat mesyuarat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mesyuarat dimaklumkan akan berlangsung pada bulan depan dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Ia bukan hanya mengenai kesihatan tetapi semua berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Mesyuarat ini bukan bermakna semua isu akan diselesaikan kerana autonomi kesihatan dan MA63 secara keseluruhannya, semua ini adalah satu perjalanan, satu roadmap yang tidak mampu disiapkan dalam hanya satu malam,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan