Search
Close this search box.
Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menampalkan pelekat khas di pintu bas yang membawa jemaah haji Malaysia. Foto Zen Hashim (TVS)

Haji: Arab Saudi ’seal’ pintu bas, tegas tolak jemaah tanpa permit

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 14 Jun: Kerajaan Arab Saudi tampil lebih tegas pada tahun ini dengan bertindak menampalkan pelekat khas ‘seal’ sebagai ciri keselamatan di pintu-pintu bas jemaah haji yang mula bergerak ke lokasi Masyair seperti di Arafah, Muzdalifah, dan Mina.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata langkah itu bertujuan untuk mengesan sama ada jemaah yang berada di dalam bas dengan permit haji sah untuk melaksanakan ibadah rukun Islam ke-5 itu.

“Jadi saya nak sebutkan di sini bagaimana penguatkuasaan Arab Saudi pada tahun ini sangat ketat, banyak tangkapan telah dibuat dan sebab itu saya menasihati jemaah haji yang akan datang untuk berhati-hati bagi mengelakan memasuki Tanah Suci tanpa permit yang sah untuk menunaikan haji.

“Sama ada visa yang dikeluarkan oleh pihak Tabung Haji ataupun visa Mujamalah yang dikeluarkan oleh kedutaan Arab Saudi,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian pada Majlis Pelepasan Jemaah Malaysia di penginapan Abraj Al-Janadriah di sini, hari ini.

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

Menurutnya lagi pihak penguatkuasaan Arab Saudi akan melakukan pemeriksaan di setiap ‘check point’ untuk mengesan kemungkinan salah laku dalam kalangan jemaah.

Dalam pada itu Mohd Na’im berkata, pada tahun ini juga jemaah haji perlu melalui proses yang cukup ketat sebaik memasuki bas apabila perlu mengimbas kod bar yang terdapat di dalam kad Nusuk masing-masing.

“Maknanya mereka yang berada di atas bas ini, kad nusuk mereka perlu disemak terlebih dahulu. Kad Nusuk ini sangat penting sebagai tanda kesemua yang berada di dalam bas ini menggunakan saluran yang tepat untuk menunaikan haji,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan