Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian merasmikan majlis pelancaran dan taklimat media Heart2Miss, di Hospital Umum Sarawak, di sini, hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Diagnosis kegagalan jantung lebih mudah dengan AI – Dr Sim

ByOdleen Catherny

KUCHING, 14 Jun: Diagnosis kegagalan jantung kini menjadi lebih mudah dan cepat dengan bantuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata dengan kerjasama antara Astrazeneca dan Hospital Umum Sarawak (SGH) menerusi program Heart2Miss, para pesakit boleh melakukan diagnosis di klinik kesihatan biasa.

Diagnosis kegagalan jantung lebih mudah dengan AI – Dr Sim | TVS

“Kalau dahulu, kita kena melatih orang dalam tempoh jangka masa yang lama untuk membuat ultrasound jantung namun kini dengan adanya AI, diagnosis boleh dilakukan dalam tempoh empat minggu sahaja.

Mereka juga boleh melakukannya di klinik,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan majlis pelancaran dan taklimat media Heart2Miss, di Hospital Umum Sarawak, di sini, hari ini.

Katanya inisiatif perintis inovatif ini merupakan yang pertama di Malaysia menyaksikan Sarawak menjalin kerjasama dengan syarikat farmaseutikal gergasi, AstraZeneca.

Menurut kenyataan penganjur, Heart2Miss merupakan satu inisiatif bagi memacu pengesanan kegagalan jantung dengan kegunaan Al di klinik komuniti.

Ia bertujuan menangani cabaran dalam diagnosis kegagalan jantung dan menambah baik penjagaan kesihatan bagi pesakit diabetes Jenis-2 yang mengalami kegagalan jantung.

Ujian saringan awal kegagalan jantung kini boleh dilakukan di klinik komuniti dengan adanya ultrasound titik penjagaan yang dikuasakan Al (AI-POCUS) .

Kajian perintis ini akan menggunakan kaedah pemeriksaan dan pengesanan yang inovatif menggunakan peranti Al-POCUS mudah-alih yang dikendalikan oleh mana-mana individu termasuk pekerja baharu untuk membantu mengesan kegagalan jantung melalui analisis dan tafsiran imej lanjutan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan