Search
Close this search box.
Beberapa laluan di bandar raya Kuching akan ditutup bermula pukul 2 petang hari ini sehingga selesai raptai dan 6:30 pagi pada esok hari, sehingga program tersebut tamat. Foto PDRM

Beberapa jalan di pusat bandar raya Kuching ditutup hari ini dan esok sempena Perarakan Gawai Dayak 2024

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 14 Jun: Beberapa jalan di bandar raya ini akan ditutup dan dilencongkan bagi memberi laluan kepada Perarakan Gawai Dayak 2024 yang akan berlangsung esok.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata dalam satu kenyataan hari ini berkata laluan tersebut akan ditutup bermula pukul 2 petang hari ini sehingga selesai raptai dan 6:30 pagi pada esok hari, sehingga program tersebut tamat.

Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Market/Jalan Masjid, Jalan Gambier/Jalan Power dan Jalan Old Court House/Jalan Khoo Hun Yeang.

“Selain itu, Jalan Carpenter, Jalan Wawasan/Jalan Lebuh Wayang, Jalan Lebuh Wayang/Jalan Main Bazaar, Jalan Padungan/Jalan Bukit Mata, lampu isyarat Jalan Abell/Jalan Petanak dan bulatan Sri Aman/susur masuk Jalan Abell juga akan ditutup,” katanya.

Orang ramai turut diingatkan supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan di sepanjang laluan dan venue berlangsung.

Pengunjung disarankan untuk meletakkan kenderaan di beberapa kawasan yang telah ditetapkan, antaranya Reservoir Park, Bangunan Saujana, Taman Budaya, medan letak kereta Top Spot, medan letak kereta Sarawak Plaza, Dewan Suarah, Bangunan Tun Jugah, Bangunan Medan Pelita, medan letak kereta Plaza Merdeka dan medan letak kereta Plaza Aurora.

Jelasnya lanjut, atas dasar keselamatan, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menerbangkan dron tanpa kebenaran dan perlu mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Mancha menambah seramai 42 pegawai kanan dan 385 pegawai rendah polis akan ditugaskan sepanjang program berkenaan bagi memastikan perarakan berjalan dengan lancar.

Perarakan Gawai Dayak 2024 yang disertai 108 kontinjen dari komuniti Dayak bakal diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta dif-dif kenamaan yang lain.

Perarakan dijangka bermula di hadapan Bangunan Tun Jugah dan berakhir di Jalan Gambier. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan