Search
Close this search box.
Sebuah bangunan terbakar dalam satu kejadian di Taman Tema Jalan Genting Highlands, Genting Highlands, hari ini. (Foto Social Media)

Bangunan di Genting Highlands terbakar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Sebuah bangunan terbakar dalam satu kejadian di Taman Tema Jalan Genting Highlands, Genting Highlands, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima laporan berkaitan insiden ini pada pukul 4.55 petang.

Menurut kenyataan, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Genting dan Bentong tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian dengan diketuai Komander Operasi Muhamad Azim Zakaria.

“Komander Operasi melaporkan terdapat kebakaran bangunan di tingkat dua, Taman Tema dan merebak ke tingkat empat.

“Pasukan bomba membuat operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran hos 200 kaki, dua nozel dan mengambil air dari pili bomba bertekanan.

Operasi sedang berjalan. Pasukan Bomba Sukarela dari Janda Baik turut membantu dalam proses pemadaman kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, tanpa menjelaskan butiran lanjut, Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar mengesahkan kejadian tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan