Search
Close this search box.
Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke perkhemahan Arafah secara berperingkat bagi melaksanakan rukun haji berwukuf di Padang Arafah, esok. Foto Zen Hashim (TVS)

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 14 Jun: Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke perkhemahan Arafah secara berperingkat bagi melaksanakan rukun haji berwukuf di Padang Arafah, esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, 20 bas disediakan bagi setiap maktab penginapan untuk membawa jemaah haji Muassasah dalam tiga penggiliran perjalanan ke Arafah, 22 kilometer dari Masjidil Haram di sini.

Bas disediakan bagi setiap maktab penginapan untuk membawa jemaah haji Muassasah. Foto Zen Hashim (TVS)

“Kita sama-sama doakan agar kesemua 31,600 jemaah haji yang akan bertolak ke Padang Arafah akan selamat tiba di bumi Arafah dan diberi kemudahan dalam perjalanan mereka, serta dipermudahkan segala urusan untuk mereka berwukuf di Arafah tanpa ada sebarang masalah yang besar dan mendapat haji yang mabrur,” katanya pada Majlis Pelepasan Jemaah Malaysia di penginapan Abraj Al-Janadriah di sini, hari ini.

Mohd Na’im berkata sebaik jemaah haji Malaysia tiba di perkhemahan Arafah pada hari ini, mereka disaran untuk melakukan persediaan akhir untuk melaksanakan rukun haji berwukuf pada esok hari.

“Mereka akan sampai awal sebelum waktu wukuf, jadi boleh memulakan persediaan, kerana sebaik mereka tiba mereka mempunyai waktu lapang, jadi mereka boleh selesaikan keperluan tempat duduk supaya boleh menumpukan perhatian terhadap ibadah,” ujarnya lagi.

Pergerakan jemaah haji ke Arafah adalah satu pergerakan terbesar di dunia apabila lebih dua juta jemaah haji akan sama sama bergerak ke Padang Arafah bermula 8 Zulhijjah.

Difahamkan penyedian bas untuk sektor Mekah ke Arafah adalah sebanyak 20 bas, enam bas sektor Arafah ke Mudzalifah dan lima bas dari sektor Mudazlifah ke Mina untuk setiap maktab.

Manakala 10 bas disediakan untuk setiap maktab, untuk jemaah ke Mekah selepas selesai melontar pada hari 12 Zulhijjah (Nafar Awal).

Sebanyak 10 bas pula akan digunakan selepas selesai melontar pada hari 13 Zulhijjah ( Nafar Thani) bagi membawa pulang ke maktab masing masing di Mekah.

Pergerakan ini juga akan membabitkan lebih 600 petugas haji kebajikan dan perubatan yang akan bergerak secara berperingkat ke Arafah, Mudzalifah dan Mina. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan