Search
Close this search box.
Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan Dato Mancha Ata bersama tetamu lain menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Piala Pesuruhjaya Polis Sarawak di PULAPOL Kuching, hari ini. Foto TVS

Toh Puan Fauziah tonton perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Piala Pesuruhjaya Polis Sarawak

KUCHING, 13 Jun: Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hari ini hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Piala Pesuruhjaya Polis Sarawak di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) Kuching.

Toh Puan Fauziah turut menjadi pengadil bagi perlawanan khas antara tetamu jemputan kejohanan sebelum menyaksikan pertandingan akhir.

Pertandingan akhir menyaksikan pertembungan antara pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menentang gabungan IPD Kota Samarahan dan IPD Bau.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata warga polis yang berada di PULAPOL Kuching bertuah atas kehadiran Toh Puan Fauziah.

“Kita rasa bertuah kerana pada pertandingan akhir bola jaring, Toh Puan hadir dan bukan senang seorang yang diperingkat tersebut hadir untuk menyaksikan kejohanan-kejohanan di peringkat bawah seperti kita ini,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan