Search
Close this search box.
Rombongan diberikan taklimat ringkas Penolong Pengurus Pelabuhan LSS Bahagian Sarikei, Mohamad Fadzli Noh. Foto Pusat Khidmat DUN Repok

Tiong Sii gesa segerakan projek balik pulih terminal satu Sarikei

SARIKEI, 13 Jun: Agensi berkaitan digesa menyegerakan kerja baik pulih dermaga Terminal Satu Sarikei bagi kemudahan orang ramai khususnya penumpang dan pemilik bot.

Ahli Parlimen Sarikei Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, Terminal Satu Sarikei merupakan dermaga penting yang berperanan sebagai pusat pemunggahan barangan dan hasil pertanian dari kawasan pesisir Kuala Rajang.

Katanya, terminal itu terpaksa ditutup sejak 19 September tahun lalu bagi membolehkan kerja pengerukan sungai yang memakan masa 10 bulan dan dijangka berakhir 18 Julai nanti.

“Saya sangat berharap Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dapat melaksanakan projek itu (membaiki) terminal itu dengan secepat mungkin.

“Usaha ini sangat penting demi kemudahan peniaga dan orang awam yang berurusan di kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiong Sii yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam turut mencadangkan supaya kerosakan sendi ponton dan ‘gangway’ perlu diberi tumpuan terlebih dahulu.

Kerosakan struktur tersebut katanya, bukan sahaja menjejaskan operasi terminal itu tetapi juga mengancamkan keselamatan pengguna terutamanya semasa proses pemunggahan barang.

Terdahulu beliau diwakili Kapitan Ling Dien Yong serta pegawai pusat khidmat dan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) melakukan di tapak setelah menerima aduan daripada orang awam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan