Search
Close this search box.
Dato Nyomek Nyeap (empat kanan) bersama setiausaha-setiausaha politik selepas membuat laporan polis di Balai Polis Satok, Kuching, hari ini.

Setiausaha politik buat laporan polis, artikel berunsur penghinaan dan mengaibkan Premier Sarawak

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 13 Jun: Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Nyomek Nyeap menyifatkan tiga petikan dalam artikel dalam talian bertujuan merendah-rendahkan, menghina, memfitnah dan mengaibkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Nyomek berkata, artikel yang ditulis Nehru Sathiamoorthy menyentuh kedudukan dan kredibiliti seorang pemimpin tertinggi Sarawak, malah melemparkan tuduhan yang serius dan tidak mempunyai bukti yang asas.

Artikel hina Premier, Setiausaha Politik buat laporan polis | TVS

“Tindakan beliau (Nehru) merosakkan reputasi dan kredibiliti peribadi Premier Sarawak di mata orang ramai ini tidak boleh dibiarkan atas sebab-sebab tuduhan dan fitnah beliau ini bertujuan untuk menimbulkan ketidakpuasan orang awam untuk merosakkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat laporan polis bersama Setiausaha-setiausaha Politik kepada Premier Sarawak berhubung perkara berkenaan di Balai Polis Satok di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nyomek berkata Nehru petikan itu telah membuat serangan peribadi terhadap latar belakang pendidikan dan kepimpinan Premier Sarawak.

Penulis juga membuat tuduhan dan fitnah yang tidak berasas berkaitan dengan pemerintahan golongan minoriti di Sarawak yang bersifat mencetuskan ketegangan antara kaum, menghasut untuk mewujudkan ketidakstabilan dan konflik politik serta merosakkan keharmonian.

“Gambaran beliau mengenai hubungan Premier Sarawak dengan Putrajaya dan sindiran mengenai ketidakstabilan politik adalah satu tuduhan yang juga bertujuan untuk menimbulkan perpecahan dan kekacauan di negara kita,” jelasnya.

Justeru, mereka meminta polis menjalankan siasatan dan agar penulis itu dipanggil, disiasat dan diambil keterangan.

“Laporan ini juga penting untuk mempertahankan integriti serta maruah Premier Sarawak dan wilayah Sarawak daripada pandangan negatif dan imej palsu oleh orang yang tidak bertanggungjawab,” tegasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan