Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyampaikan cenderahati kepada Joachim Bergstrom. Foto Alex Teo (TVS)

Sastera membentuk keperibadian unggul kanak-kanak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 13 Jun: Arus kemodenan tidak harus menjadi faktor kesusasteraan dalam masyarakat terutama kanak-kanak dipinggirkan memandangkan ia memberi impak yang besar dalam kehidupan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pengembangan sastera dalam kalangan kanak-kanak mempunyai potensi besar jika diberi pendedahan awal dan berterusan.

“Kanak-kanak boleh membangunkan norma dan minda yang diperlukan untuk mengemudi isu kemampanan, kesihatan dan hak pada masa hadapan,” katanya.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Majlis Pelancaran ‘Jom Kita Bincang! @ Lets Talk About It! Sustainability, Health and Social Issues Through Children’s Literature di Pustaka Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya, sastera juga memantapkan kemahiran membaca kanak-kanak.

Jelasnya membaca merupakan portal ke dunia yang lebih luas kepada pendidikan, kemajuan dan penyertaan dalam usaha saintifik, politik dan budaya yang menggerakkan negara ke hadapan.

Kemahiran membaca katanya, semakin merosot di kebanyakan negara di seluruh dunia dan adalah penting untuk mengubah perkembangan tersebut.

“Impak sastera kanak-kanak adalah ikatan yang terbina dan ini datang dalam pelbagai bentuk. Salah satunya ibu bapa membaca untuk anak-anak, berkongsi cerita, membincangkan maksudnya serta hubungkait terhadap kehidupan seharian,” ulasnya lanjut.

Jelasnya, penglibatan kanak-kanak dalam kesusasteraan juga akan memperkenalkan golongan tersebut tentang kepelbagaian aspek kehidupan termasuk demokrasi.

“Dengan melibatkan diri dalam naratif tentang keseimbangan alam, kanak-kanak akan melahirkan rasa tanggungjawab yang mendalam terhadap planet ini.

“Dengan membaca cerita yang menampilkan pelbagai watak budaya, latar belakang dan perspektif yang berbeza, kanak-kanak mengembangkan empati, belas kasihan dan pemahaman yang menjadi sandaran demokrasi kita,” jelasnya.

Beliau pada masa sama memuji inisiatif Kedutaan Sweden yang menganjurkan acara tersebut dengan kerjasama beberapa badan global termasuk AstraZeneca.

Pada majlis tersebut Dr Sim turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara AstraZeneca dan Malaysia Rare Disorders Society (MRDS). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan