Search
Close this search box.

RM110 juta disalur kepada UNIFOR bina gereja, kuil tahun ini – Dr Sim

ByAmirah Shawel

KUCHING, 13 Jun: Sejumlah RM110 juta diperuntukan kepada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) pada tahun ini bagi tujuan pembinaan gereja dan kuil di seluruh Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata RM20 juta daripadanya adalah untuk pembangunan sekolah-sekolah mubaligh.

RM110 juta disalur kepada UNIFOR bina gereja, kuil | TVS

Menurutnya, sejak 2017, lebih RM400 juta telah disalurkan kepada UNIFOR bagi membantu pembinaan dan penambahbaikan infrastruktur rumah-rumah ibadat di wilayah ini.

“Di bawah Fasa Kedua Geran UNIFOR, katanya sejumlah RM40.87 juta diperuntuk kepada 91 gereja dan kuil melalui 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen,” kata beliau menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.

Dr Sim menambah awal tahun lalu, sebanyak 32 gereja dan kuil menerima geran berjumlah RM14.335 juta daripada UNIFOR di bawah Fasa 1.

Sementara itu, beliau berkata bangunan UNIFOR bernilai RM74 juta milik badan bukan kerajaan (NGO) Badan Amal UNIFOR (UNIFORCT) dijangka siap menjelang Oktober tahun ini.

Beliau berkata pendapatan daripada penyewaan dan konsesi pemegang lesen akan dapat membantu badan amal itu menggerakkan kerja amal di kuil dan gereja.

Pada Rabu, satu mesyuarat UNIFORCT telah diadakan di Wisma Bapa Malaysia yang dipengerusikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Bertanggungjawab UNIFOR. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan