Search
Close this search box.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (lima kiri) pada Majlis Penyerahan Fasa Satu Projek Pembinaan dan Penyiapan Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima UNIMAS di Kota Samarahan, hari ini. Foto Alexander Nanta Linggi (FB)

Pusat Kesihatan PRIMA UNIMAS beroperasi September

KOTA SAMARAHAN, 13 Jun: Pusat Kesihatan Prima Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dijangka mula beroperasi September tahun ini.

Pusat kesihatan itu merupakan Fasa Satu Projek Pembinaan dan Penyiapan Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima UNIMAS yang akan menjadi hospital pengajar pertama di Sarawak dengan kos projek keseluruhan bernilai RM485.988 juta membabitkan kawasan seluas 27.37 ekar (11.08 hektar).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pusat terbabit akan beroperasi sebagai tempat pembelajaran bagi pelajar jurusan perubatan UNIMAS.

“Pusat ini dijangka beroperasi September tahun ini sebagai tempat pembelajaran perubatan tetapi saya difahamkan juga sebagai klinik kesihatan dan pesakit luar boleh mendapat rawatan,” katanya pada Majlis Penyerahan Fasa Satu projek berkenaan di sini, hari ini.

Penyerahan itu bagi membolehkan pihak  Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai pemilik projek dan UNIMAS menempatkan dan melakukan pengujian semua peralatan perubatan diperlukan sebelum memulakan operasi secara rasmi.

Nanta berkata pusat itu akan mengendalikan kes kesihatan tidak kritikal dan ada kemudahan bilik X-Ray, klinik batuk, klinik mata, klinik warga, makmal perubatan serta bilik pemeriksaan kesihatan awam.

Beliau berkata Fasa Kedua pula ialah pembinaan bangunan utama Hospital Pengajar UNIMAS berkeupayaan 300 katil yang bakal menyediakan perkhidmatan pakar dan perkhidmatan kecemasan.

“Penyiapan (Fasa 2) sudah mencapai 40 peratus dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun depan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan