Search
Close this search box.
Ahli akademik, Dr Joohari Ariffin diumumkan sebagai calon Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada Majlis Pengumuman Calon Perpaduan di Bandar Tasek Mutiara di sini malam tadi. Foto TVS

PRK Sungai Bakap: Dr Joohari diumum calon Kerajaan Perpaduan

NIBONG TEBAL, 13 Jun: Ahli akademik, Dr Joohari Ariffin diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai depan.

Johari, 60, diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Jentera Pilihan Raya Kerajaan Perpaduan, Rafizi Ramli pada Majlis Pengumuman Calon Perpaduan di Bandar Tasek Mutiara di sini pada Khamis.

Rafizi berkata, pemilihan Joohari adalah yang terbaik berdasarkan kriteria beliau merupakan calon anak tempatan dan berdasarkan kelayakan akademik.

“Kalau menjadi wakil rakyat, ini satu beban sebab bukan sahaja beliau (Joohari) perlu menjaga kebajikan rakyat ia juga selari dengan tugas mendidik rakyat.

“(Ia) supaya rakyat tahu (perlu) dan bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan harungi cabaran masa depan,” katanya berucap pada majlis itu.

Turut hadir, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Chow Kon Yeow; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan Ketua Wanita Keadilan, Fadhlina Sidek.

Joohari yang juga Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara adalah Pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau yang merupakan Pengerusi Masjid Seri Empangan Parit Buntar, Perak dilahirkan di Permatang Pasir, Permatang Pauh dan membesar di Sungai Bakap.

Terdahulu, Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang melibatkan pimpinan tertinggi PH dan Barisan Nasional (BN) diadakan di Seri Perdana, Putrajaya kelmarin bagi memilih calon PRK tersebut.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan ekoran kematian penyandangnya daripada Perikatan Nasional (PN), Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu selepas mengalami keradangan dalam perut.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan caloi PH, Nurhidayah Che Rose dengan memperoleh majoriti 1,563 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 22 Jun.

Pengundian awal akan diadakan pada 2 Julai dan hari pengundian ditetapkan pada 6 Julai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan