Search
Close this search box.
Kerajaan meluluskan peruntukan pembangunan RM4.589 billion kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada tahun 2024 bagi melaksanakan sejumlah 484 projek. Foto hiasan Envato

Peruntukan hampir RM4.6 bilion kepada PETRA tahun ini, untuk laksana 484 projek bagi manfaat rakyat

ByBernama

PUTRAJAYA, 13 Jun: Kerajaan meluluskan peruntukan pembangunan RM4.589 billion kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada tahun 2024 bagi melaksanakan sejumlah 484 projek.

PETRA dalam kenyataan hari ini menyatakan komitmennya dalam melaksanakan projek pembangunan yang telah dirancang dan diluluskan, agar dapat menjayakan agenda nasional dalam mentransformasi sektor air dalam negara untuk menjadi sektor yang mampan.

“Ia sekali gus akan menjadi pemangkin pembangunan dinamik yang boleh menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta menjamin bekalan air yang berkualiti kepada rakyat,” katanya.

Antara skop projek berkenaan meliputi loji rawatan kumbahan (LRK) Serantau, Mak Mandin dan pembinaan rangkaian paip pembentungan dalam kawasan tadahan Butterworth North, Pulau Pinang; rancangan tebatan banjir (RTB) Lembangan Sungai Muar Fasa 3 Pakej 1 di Daerah Segamat, Johor; RTB Sungai Johor Fasa 1 Pakej 1 di Bandar Kota Tinggi Johor; serta Kolam Takungan Dwi-Fungsi bagi Tebatan Banjir dan Sumber Bekalan Air Mentah Sungai Klang.

PETRA berkata projek menaik taraf LRK di Pulau Pinang itu dilaksanakan ekoran loji rawatan kumbahan sedia ada (kolam oksidasi) dengan kapasiti 62,286 unit pemuatan per kapita (PE) tidak dapat menampung LRK semasa yang berjumlah 135,646 PE, iaitu lebihan sebanyak 214 peratus.

“Menaik taraf LRK diperlukan untuk mengelak limpahan kumbahan tidak terawat dan mengurangkan aduan penduduk setempat dan ia bakal memberi manfaat kepada kira-kira 250,000 penduduk dengan penyediaan perkhidmatan pembetungan berpusat untuk komuniti kawasan tadahan Seberang Perai Utara sehingga tahun 2050,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu bagi projek pembangunan melibatkan RTB di daerah Segamat, Kota Tinggi dan Klang, ia perlu dilaksanakan bagi mengurangkan masalah banjir di lembangan sungai berkaitan di samping menjamin keselamatan dan mengurangkan kerugian kerosakan harta benda kepada penduduk serta infrastruktur awam.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan