Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapa'ee semasa ditemui media di Astana Negeri pada Khamis. Foto TVS

Pengambilan pelajar jurusan maritim di UTS Mukah bermula tahun ini – Dr Annuar

BySteward Dawi

KUCHING, 13 Jun: Pengambilan pelajar bagi kemasukan jurusan maritim bagi Universiti Teknologi Sarawak (UTS) yang dikenali sebagai Kampus Laila Taib UTS di Mukah bakal bermula tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapa’ee mempelawa anak Sarawak yang berminat untuk mengikuti pengajian itu untuk mendaftar.

Pengambilan pelajar jurusan maritim di UTS Mukah bermula tahun ini | TVS

“Penawaran jurusan maritim ini penting kerana Sarawak mempunyai kawasan pantai yang begitu luas.

“Kawasan pantai ini mempunyai khazanah bernilai bukan sahaja tertumpu kepada sumber minyak, tetapi turut meliputi hasil laut yang menjadi sumber ekonomi utama wilayah ini,” katanya ketika ditemui pemberit semasa mengadakan kunjungan hormat bersama dengan Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi UTS kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di Astana Negeri pada Khamis.

Jelas Dr Annuar yang juga merupakan Pengerusi UTS, Sarawak mempunyai hasil laut yang masih belum diterokai dan memerlukan sumber manusia yang mahir dalam bidang tersebut.

“Justeru, Kerajaan Sarawak telah menubuhkan kampus baharu ini bagi memenuhi permintaan itu yang akan dikendalikan oleh UTS,” tambahnya.

Terdahulu, Naib Canselor UTS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid berkata, tujuan mereka mengadakan kunjungan hormat itu ialah untuk menyerahkan watikah perlantikan kepada Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi sebagai Canselor UTS yang kedua berkuatkuasa pada 12 Jun 2024 bagi tempoh lima tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan