Search
Close this search box.
Lebih 8,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Semenanjung Gaza telah dirawat kerana kekurangan zat makanan akut, termasuk 1,600 dengan kes teruk yang membawa kepada 28 kematian. Foto AFP

Lebih 8,000 kanak-kanak di Gaza dirawat kerana malnutrisi akut

ByBernama

AMMAN, 13 Jun: Lebih 8,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Semenanjung Gaza telah dirawat kerana kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut, termasuk 1,600 dengan kes teruk yang membawa kepada 28 kematian, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Semasa sidang media di Geneva pada Rabu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menjelaskan bahawa sebahagian besar penduduk Semenanjung Gaza, yang terjejas teruk akibat konflik dengan Israel, sedang menghadapi tahap kekurangan makanan yang amat kritikal dan keadaan hampir kebuluran.

Beliau menegaskan bahawa walaupun terdapat maklumat yang menunjukkan peningkatan dalam penghantaran makanan, pada masa ini tiada bukti bahawa mereka yang paling memerlukan menerima makanan dalam kuantiti yang mencukupi dan berkualiti.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas setakat ini mengakibatkan lebih 37,000 rakyat Palestin terkorban. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan