Search
Close this search box.
Naib Canselor, Professor Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid semasa ditemui media di Astana Negeri pada Khamis. Foto TVS

Kebolehpasaran graduan UTS melepasi 95 peratus setiap tahun

KUCHING, 13 Jun: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) optimis melahirkan graduan yang memiliki tahap kebolehpasaran dalam pelbagai bidang pekerjaan.

Naib Canselor, Professor Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid berkata, kebolehpasaran graduan UTS melepasi 95 peratus setiap tahun.

“Kebolehpasaran graduan UTS adalah amat baik. Setiap tahun kita melepasi 95 peratus. Saya rasa dari segi pelepasan tu kita amat berbanggalah kerana graduan kita bukan sahaja diambil bekerja oleh majikan-majikan atau pihak industri tempatan sahaja.

“Ada juga graduan yang telah bekerja di luar Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat bersama dengan Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi UTS kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di Astana Negeri pada Khamis.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapa’ee dan Naib Canselor, Professor Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid semasa mengadakan kunjungan hormat bersama dengan Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi UTS kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, di Astana Negeri pada Khamis. Foto Haleyson Roland (TVS)

Jelasnya, rekod itu mempamerkan mutu dan juga kualiti graduan UTS setanding atau setaraf dengan universiti-universiti ternama yang lain.

Tambahnya, UTS telah beroperasi selama 11 tahun setelah ditubuhkan pada April 2013 dan telah melahirkan hampir 4,000 graduan.

“Kemasukan pelajar-pelajar kita pun meningkat kepada tiga kali ganda sejak kerajaan Sarawak telah menyediakan beberapa insentif dan bantuan kepada pelajar-pelajar Sarawak,” tambahnya.

Untuk rekod, kadar kebolehpasaran graduan UTS merupakan antara yang tertinggi di Malaysia, iaitu sebanyak 97.53 peratus setakat Oktober 2023.

Antara faktor yang menyumbangkan kepada pencapaian berkenaan ialah kerana program akademik ditawarkan telah diakreditasi serta diiktiraf oleh badan-badan profesional dalam dan luar negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan