Search
Close this search box.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Jalan raya jejambat atasi masalah pembinaan atas tanah gambut di Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 13 Jun: Pembinaan jalan raya jejambat dilaksanakan bagi mengatasi masalah pembinaan di atas tanah gambut di Sarawak.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kaedah pembinaan itu sedang dilaksanakan dalam Pakej 11 Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di kawasan Lambir di Miri, utara Sarawak.

“Cara biasa apabila (jalan raya) dibina ada masalah keretakan, sekarang kita tukar kepada menggunakan jejambat kerana tanah tidak stabil dan kita membelanjakan RM60 juta (untuk melaksanakannya),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Fasa Satu Projek Pusat Kesihatan Prima Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini hari ini.

Nanta berkata dengan pengalaman dimiliki Jabatan Kerja Raya, jabatan itu mampu menetapkan kaedah paling sesuai bagi mengatasi masalah pembinaan jalan raya yang dihadapi di negara ini.

Menurutnya pembinaan jejambat itu diakui sebagai kaedah yang sesuai untuk pembinaan jalan raya di atas tanah gambut dan mampu mengurangkan kos penyelenggaraan setelah disiapkan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan