Search
Close this search box.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Foto Bernama

Hannah mahu pastikan Faisal Halim pulih sepenuhnya sebelum kembali beraksi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mahu memastikan pemain bola sepak kebangsaan dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim pulih sepenuhnya sebelum kembali beraksi.

Beliau yakin bahawa pemain sayap berusia 27 tahun yang menjadi mangsa serangan asid itu, sememangnya mempunyai tekad yang tinggi untuk kembali beraksi namun tidak mahu Faisal terburu-buru kembali ke padang.

“Saya nak pastikan beliau ambil masa dan pastikan betul-betul pulih sebelum keluar bermain kerana saya rasa bola sepak akan menunggu Faisal.

“Saya harap beliau jangan tergeas-gesa, pastikan beliau sembuh sepenuhnya kerana bola sepak perlukan beliau,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan e-sukan bagi warga emas, Boomers2Gamers di sini hari ini.

Faisal dilaporkan mengalami kelecuran tahap empat akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lepas.

Faisal yang membuat penampilan pertama di khalayak umum sejak insiden itu pada sidang media hari ini, mengakui rindu untuk beraksi di atas padang namun mahu memberikan fokus proses pemulihan terlebih dahulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan