Search
Close this search box.
Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Kebersihan Masyair di penginapan jemaah haji Hotel Land Premium Mekah pada Rabu. Foto Zen Hashim (TVS)

Haji: Perluas program kebersihan Masyair, eratkan jemaah – Mohd Na’im

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 13 Jun: Jemaah haji Malaysia disarankan untuk memahami dan memperluaskan pemahaman konsep beribadah sepanjang berada di Tanah Suci khususnya pada operasi Masyair ketika berada di Arafah, Muzdalifah, dan juga di Mina.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata tanggungjawab menjaga kebersihan menerusi program kebersihan Masyair dapat mengukuhkan keakraban dalam kalangan jemaah haji, selain dapat memberi impak positif kepada imej negara.

“Saya tekankan kepada jemaah haji supaya memahami dan memperluaskan pemahaman konsep beribadah, biasanya kita faham ibadah ini hanya khusus kepada ibadah solat, puasa, zakat dan sebagainya.

“Ibadat sebenarnya lebih luas, misalnya menjaga hubungan sesama jemaah haji yang lain juga merupakan satu ibadah, termasuklah menjaga persekitaran. Jadi dengan adanya program kebersihan masyair ini jemaah dapat memahami dan menghayati konsep ibadah yang lebih luas,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan program kebersihan masyair di penginapan maktab 79 dan 80 di hotel Land Premium Mekah, pada Rabu.

Menurutnya lagi menerusi program seumpama ini, jemaah haji Malaysia telah mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Arab Saudi sebagai jemaah yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi sejak ia dilaksanakan pada tahun 2018.

“Melalui program kebersihan Masyair ini, kita ingin mengajak jemaah haji yang bertanggungjawab untuk memberihkan kawasan di perkhemahan pada operasi Masyair nanti.

“Jadi dengan adanya program ini, kita mengharapkan semangat kerjasama erat dapat dibina. Jemaah akan bekerjasama ke arah kebaikan,” ujarnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan