Search
Close this search box.
Tonggak utama Selangor FC (SFC) Harimau Malaya Faisal Halim pernah terlintas untuk mengakhiri karier dalam arena bola sepak dan melepaskan gaji berpuluh ribu ringgit, selepas disimbah asid. Foto Media sosial

Faisal Halim sanggup hilang gaji berpuluh ribu, asalkan diri dan keluarga selamat

ByBernama

SHAH ALAM, 13 Jun: Tonggak utama Selangor FC (SFC) Harimau Malaya Faisal Halim pernah terlintas untuk mengakhiri karier dalam arena bola sepak dan melepaskan gaji berpuluh ribu ringgit, selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya bulan lepas.

Ini kerana pemain berusia 26 tahun kelahiran Pulau Pinang itu berpendapat keselamatan keluarganya lebih penting selain tidak perlu lagi hidup dalam ketakutan kerana kejadian luar jangkaan itu.

“(Pada minggu kedua ketika kejadian berkenaan) saya cakap kepada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal SFC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu untuk berhenti bermain bola asalkan keluarga saya selamat. Saya boleh balik kampung hidup tenang (dan) boleh bekerja (di kampung) walaupun sehari (hanya terima gaji) RM 50 ringgit atau RM100,” katanya selepas membuat penampilan pertama di khalayak umum di Pusat Latihan Selangor FC di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun kembali bersemangat untuk terus bermain bola sepak apabila Shahril berjanji untuk menjaga keselamatannya dan keluarga serta meyakinnya bahawa beliau mampu meneruskan kariernya itu.

Susulan kejadian pada 5 Mei lepas itu, Faisal Halim atau turut dikenali sebagai Mickey mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa anggota badan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan