Search
Close this search box.
Saraswathy Kandasami pada Majlis Perasmian Sambutan Minggu Arkib Antarabangsa 2024 & Cakna Pengurusan Rekod Pihak Berkuasa Tempatan di Petaling Jaya, hari ini.

Arkib Negara bergerak seiring dengan perubahan zaman

ByAhmad Azlan Shah

PETALING JAYA, 13 Jun: Bidang pengurusan rekod dan arkib kini bukan sahaja perlu disesuaikan dengan pendigitalan tetapi juga harus menangani cabaran dan peluang yang dibawa oleh teknologi kecerdasan buatan dan teknologi lain yang bakal muncul.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara Saraswathy Kandasami berkata sehubungan itu, Arkib Negara perlu memainkan peranan penting dalam menerima pakai dan berupaya menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.

Pada masa yang sama arkivis juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan teknologi terkini untuk menyerlahkan diri sebagai profesional di dalam dan di luar negara,” katanya berucap merasmikan Sambutan Minggu Arkib Antarabangsa 2024 di sini, hari ini.

Menurutnya, pada era digital ini, maklumat dari bahan arkib dapat menyediakan bukti tindakan dan transaksi kepada hak individu, masyarakat, organisasi dan negara.

Dengan menjamin hak rakyat untuk mengakses maklumat rasmi dan pengetahuan tentang sejarah ia menjadi asas kepada identiti, demokrasi, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

“Arkib Negara menyediakan maklumat yang boleh diakses pada masa kini dan akan datang selaras dengan peningkatan jumlah saluran media dan komunikasi,” katanya.

Katanya, capaian dan akses kepada bahan arkib dapat menjadikan masyarakat bermaklumat yang mampu membuat keputusan secara telus, memelihara warisan khazanah negara sekali gus dapat memupuk semangat perpaduan.

“Rujukan bahan arkib dan maklumat lain secara dalam talian secara meluas adalah seiring dengan saranan kerajaan untuk meningkatkan 80 peratus penyampaian perkhidmatan kepada rakyat secara digital menjelang 2025,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan