Search
Close this search box.
Yusuf Abd Wahab dan tetamu yang lain hadir memeriahkan Program Pengerami Hari Gawai di Kerubong dan Muara Payang, Sarikei, hari ini. Foto Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tanjong Manis

208 pintu rumah panjang Parlimen Tanjong Manis berjaya dibaik pulih

SARIKEI, 13 Jun: Sebanyak 208 pintu rumah panjang berjaya dibaik pulih Kerajaan Sarawak melalui Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) di kawasan Parlimen Tanjong Manis pada tahun ini.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab berkata, projek yang menelan belanja RM520,000 itu melibatkan 18 rumah panjang masing-masing di kawasan Sare Utara, Tengah dan Selatan selain Kerapa dan Kerubong.

Menurutnya, pelaksanaan projek itu merupakan sebahagian inisiatif penting kerajaan dalam memastikan rakyat menikmati kediaman yang lebih selamat dan selesa.

“Projek ini dilaksanakan secara gotong-royong melalui penglibatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rumah panjang.

“Ia bermula sejak beberapa bulan lalu dan saya gembira pelaksanaannya selesai sebelum hari Gawai lalu,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Pengerami Gawai di Dewan Masyarakat Kerubong dan Muara Payang di sini, hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan projek itu bukan sahaja menyediakan kediaman yang lebih selamat tetapi juga memberi keselesaan kepada warga rumah panjang meraikan perayaan berkenaan.

Projek itu katanya, membuktikan kerajaan tidak mengabaikan keperluan rakyat sebaliknya sentiasa melakukan terbaik demi kesejahteraan mereka.

“Struktur rumah yang dibaikpulih termasuklah atap, lantai, dinding, pintu, tingkap, tandas dan lain-lain lagi.

“Program ini juga sebahagian usaha kerajaan untuk membantu kumpulan sasar yang mempunyai rumah daif serta tidak selamat untuk didiami,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan