Search
Close this search box.

TYT Sarawak, isteri terima kunjungan hormat Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 12 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr.Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia di Astana Negeri, hari ini.

Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Edgard D Kagan berkata kunjungan itu bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan dengan Sarawak terutama dalam aspek pembangunan ekonomi selain berkongsi perkembangan pembangunan terkini negeri ini.

“Selain mengucapkan tahniah kepada Tun Dr. Wan Junaidi, atas pelantikannya sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak, tujuan kunjungan hari ini adalah untuk membincangkan perhubungan Amerika Syarikat-Malaysia, serta Amerika Syarikat ke Sarawak.

“Tun Junaidi telah memberi perkembangan yang baik dari segi pertumbuhan ekonomi di Sarawak, dan saya juga telah mengenali sektor-sektor ekonomi penting di Sarawak,” katanya ketika ditemui TVS pada Rabu.

Dalam pada itu, Edgard turut mendapatkan nasihat daripada Tun Dr.Wan Junaidi Tuanku berhubung hasrat pihaknya untuk meluaskan lagi perhubungan Amerika Syarikat ke wilayah-wilayah lain selain Sarawak.

Turut serta Pegawai Kawalan, Lauren M.Mattherne serta pakar politik, Muhammad Aiman Rashad. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan