Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima Warkah Persilaan ke pertabalan Agong di Astana Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto Aziz Soleh (TVS)

Tun Wan Junaidi menerima Warkah Persilaan ke istiadat pertabalan Agong

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 12 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hari ini menerima Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.

Warkah itu disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Awang Alik Jeman.

“Tujuan kunjungan hormat adalah untuk mempersilakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak serta menyampaikan Warkah Persilaan sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 20 Julai di Istana Negara,” katanya ketika ditemui di Astana Negeri Sarawak di sini.

Turut serta dalam rombongan, Ketua Pegawai Istiadat, Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri Datuk Rozainor Ramli, Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Pejabat Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja Datuk Mohd Aseral. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan