Search
Close this search box.
Sekitar pemandangan indah Taman Butchart di Brentwood Bay, British Columbia Kanada. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Sarawak mahu contohi Taman Butchart, bangun semula bekas tapak perlombongan – Awang Tengah

ByKimberly Dickson

KUCHING, 12 Jun: Sarawak berhasrat untuk mencontohi Taman Butchart di Brentwood Bay, British Columbia Kanada bagi membangunkan semula bekas tapak perlombongan di negeri ini.

Perkara itu menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan boleh diintegrasikan ke dalam dasar kelulusan perancangan Sarawak.

@tvsarawak

Sarawak berhasrat untuk mencontohi Taman Butchart di Brentwood Bay, British Columbia Kanada bagi membangunkan semula bekas tapak perlombongan di negeri ini. 📹 Pejabat Timbalan Premier Sarawak 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTikTok

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

” Taman Butchart merupakan salah satu tarikan utama bagi pelancong di sana untuk merebut peluang perniagaan dan pekerjaan tempatan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini selepas memimpin delegasi Sarawak ke taman berkenaan pada Selasa.

Awang Tengah mendedahkan taman yang telah memenangi pelbagai anugerah itu merupakan inisiatif swasta untuk memulihkan bekas tapak perlombongan agar menjadi Tapak Bersejarah Kebangsaan yang cukup terkenal di Kanada pada sejak tahun 2004.

Tambahnya, ini merupakan contoh untuk pembangunan semula dan bagi menjalankan pemulihan bekas tapak perlombongan yang boleh diintegrasikan ke dalam dasar kelulusan perancangan Sarawak.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang- undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan pegawai kerajaan kanan lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan