Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Forum Teknologi Bersih Amerika Syarikat - Malaysia di BCCK hari ini. Foto Zaim Zharfan

Premier Sarawak cadang perkenal kursus aeroangkasa di i-CATS

KUCHING, 12 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencadangkan kepada Kolej Universiti i-CATS untuk memperkenalkan kursus berkaitan bidang aeroangkasa.

Menurut Abang Johari penelitian cadangan berkenaan amat wajar berikutan bidang aeroangkasa berkait rapat dengan Data Besar (Big Data) dan teknologi satelit.

Tegas beliau bidang aeroangkasa memainkan peranan penting dalam penyimpanan data, sama ada melalui ‘cloud computing’ atau satelit yang akan menghantar data tersebut.

“Apa yang perlu sekarang kita keluarkan tenaga manusia kita yang boleh menguruskan ‘aerospace‘ ini.

“Jadi saya minta universiti I-CATS mewujudkan satu kurikulum atau silabus yang ada berhubung kait dengan aerospace,” kata beliau.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Forum Teknologi Bersih Amerika Syarikat-Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari turut menekankan kelebihan strategik Sarawak yang terletak di garisan Khatulistiwa, yang sesuai untuk pelancaran satelit.

“Ini adalah kelebihan kita. Ini bermakna kita mesti melatih tenaga kerja dalam industri aeroangkasa,” ujar beliau.

Dengan langkah ini, Abang Johari meyakini Sarawak dapat memanfaatkan potensi sepenuhnya kedudukan dan membangunkan kemahiran teknologi yang kritikal untuk masa depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan