Search
Close this search box.
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah atas pertuduhan mencederakan abang kandungnya menggunakan sebilah parang, minggu lepas. Foto hiasan, Envato.

Penganggur mengaku tidak salah libas abang dengan parang

ByBernama

ALOR GAJAH, 12 Jun: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencederakan abang kandungnya menggunakan sebilah parang, minggu lepas.

Muhammad Tuah Md Dali, 27, didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera parah menggunakan sebilah parang terhadap Muhammad Redza, 34, di sebuah rumah di Kampung Nelayan Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru di sini, kira-kira 8.40 malam, 5 Jun lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan juga didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula boleh dipenjara bagi satu tempoh dua kali ganda tempoh maksimum yang boleh dikenakan atas sabitan bagi kesalahan di bawah seksyen sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin mencadangkan jaminan RM30,000 terhadap Muhammad Tuah, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan atas alasan tidak memiliki pendapatan tetap.

Hakim Nariman Badruddin membenarkan Muhammad Tuah diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan dia tidak dibenarkan menganggu gugat mangsa dan saksi sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 22 Julai ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan