Search
Close this search box.
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan operasi pemindahan perubatan (Medevac) membawa dua pesakit Orang Asli dari Pos Balar dan Pos Bihai bagi mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang, semalam. Foto hiasan Envato

Operasi Medevac: Bomba terbangkan warga emas, bayi orang asli ke hospital

ByBernama

GUA MUSANG, 12 Jun: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan operasi pemindahan perubatan (Medevac) membawa dua pesakit Orang Asli dari Pos Balar dan Pos Bihai bagi mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rizzan Jefri berkata, kedua-dua pesakit berkenaan diterbangkan menggunakan pesawat sama iaitu jenis Agusta Westland (AW) 139 yang berlepas dari Pulau Pinang pada 12.30 tengah hari.

“Anak kapal tiba di Pos Balar pada 1.58 tengah hari bagi membawa pesakit bayi lelaki Zulfahmi Ikhwan Sani, tujuh bulan, sebelum meneruskan penerbangan di Kampung Tendrik, Pos Bihai pada 2.20 petang untuk mendapatkan pesakit wanita warga emas Andak Itam, 64.

“Bayi lelaki yang mengalami sesak nafas dan batuk diiringi ibu, ayah serta kakaknya, manakala pesakit warga emas ditemani seorang pengiring pula mengalami lelah, letih dan lesu dan tidak makan selama tiga hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rizzan berkata, pesawat tiba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang pada 2.40 petang dan kedua-dua pesakit terus dibawa ke Hospital Gua Musang bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Anak kapal berlepas pulang ke Subang, Selangor pada 2.45 petang dengan jumlah tempoh penerbangan dua jam 54 minit,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan