Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Donald Lawan pada Rabu. Foto Cheryl Syahmina Toh (TVS)

Mendiang Donald Lawan ahli politik yang kreatif, ikon Bumiputera – Abang Johari

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 12 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Donald Lawan sebagai seorang ahli politik yang terkenal dengan keberanian menghadapi risiko selain menabur bakti kepada masayarakat tanpa mengira kaum dan bangsa di negeri ini.

“Baru-baru ini kami telah mengadakan pertemuan, perkongsian tentang tenaga yang boleh diperbaharui dan mendiang adalah seorang yang kreatif.

“Saya telah kenal mendiang ketika saya menjadi Menteri Industri pada masa itu, walaupun beliau sebagai seorang ahli politik, seorang yang berani mengambil risiko, namun kebaikannya tetap terkenal dalam memacu pembangunan masyarakat Dayak,” katanya ketika ditemui pelberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya di Tabuan Supreme, Jalan Nyatoh Kuching,

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Donald Lawan , mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan di kediamannya, bertempat di Tabuan Supreme, Jalan Nyatoh Kuching. Foto Aziz Soleh (TVS)

Abang Johari turut mendedahkan, mendiang juga seorang ikon yang bukan sahaja terkenal dalam kalangan masyarakat kaum Dayak, tetapi juga seorang pemangkin kepada kaum-kaum Bumiputera lain.

“Mendiang adalah seorang ikon yang terkenal bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Dayak tetapi juga dalam kalangan kaum Bumiputera lain, khususnya dalam sektor perniagaan,” tambahnya.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Donald Lawan, meninggal dunia di Borneo Medical Centre pada pukul 6.38 petang pada Selasa akibat kegagalan jantung.

Penghormatan terakhir mendiang akan berlangsung tiga hari sehingga Jumaat ini di kediamannya.

Upacara sembahyang terakhir akan dijadual pada hari Sabtu di St. Faith Anglican Church, pada 9:30 pagi.

Sementara itu , upacara pengebumian mendiang akan berlangsung pada hari Sabtu di Nirvana Memorial Park, Siniawan pada pukul 11:30 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan