Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada Majlis Penutupan APGH 2024 di BCCK, Kuching, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Malaysia komited tangani perubahan iklim melalui dasar dan inisiatif strategik

ByMarzella Sigai

KUCHING, 12 Jun: Kerajaan komited menangani perubahan iklim melalui dasar yang komprehensif dan inisiatif strategik bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang 2030.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pelbagai program dilaksanakan bagi memperkasakan pembangunan yang lestari seperti Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon, Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Malaysia komited tangani perubahan iklim melalui dasar dan inisiatif strategik | TVS

“Di bawah NETR, kita berhasrat meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh diperbaharui daripada 40 peratus pada tahun 2035 kepada 70 peratus menjelang 2050.

“Ini memerlukan peningkatan penggunaan tenaga solar, hidro dan tenaga boleh diperbaharui yang lain, selain menghentikan penjanaan tenaga arang batu secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Menurutnya, NETR telah mengenal pasti enam pemacu peralihan tenaga utama iaitu kecekapan tenaga, tenaga boleh diperbaharui, hidrogen, biotenaga, mobiliti hijau serta penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon.

Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha Sarawak yang menjadi perintis dalam tenaga bersih dalam inovasi hidrogen melalui elektroliser dan kerjasama teknologi membran.

Sarawak telah meletakkan dirinya sebagai pelopor dalam ekonomi hidrogen seperti yang telah dibuktikan Sarawak Energy Berhad dalam melancarkan Loji Pengeluaran Hidrogen Bersepadu dan Stesen Pengisian Semula Minyak yang pertama di Asia Tenggara sebagai bukti komitmennya, jelasnya.

Menurutnya, dikuasakan tenaga hidro yang boleh diperbaharui, kemudahan ini bukan sahaja menghasilkan hidrogen melalui elektrolisis tetapi juga memudahkan kenderaan berkuasa hidrogen, mengurangkan pelepasan karbon dan mobiliti bandar yang mampan.

“Pendirian proaktif Sarawak dalam meneroka hidrogen sebagai komoditi eksport berpotensi untuk memacu Sarawak dalam landskap tenaga bersih serantau.

“Saya percaya kejayaan Sarawak akan memberi inspirasi kepada negeri lain dan menjadi contoh dalam pembangunan mampan serta mempamerkan keharmonian antara pertumbuhan ekonomi dan pengurusan alam sekitar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan