Search
Close this search box.
Presiden SCCI, Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Openg menyampaikan sijil keahlian SCCI kepada Ketua Komersial Mahsuri Dagang Sdn Bhd, Mohd Jazri Ikmal Hijaz. Foto Haleyson Roland (TVS).

Mahsuri Dagang sertai SCCI, ingin perluaskan perniagaan di Sarawak

ByRegina Lee

KUCHING, 12 Jun: Penyertaan Mahsuri Dagang Sdn Bhd sebagai ahli Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) diyakini akan memberi manfaat kepada anggotanya terutama rakan kongsi tempatan.

Ketua Komersial Mahsuri Dagang Sdn Bhd, Mohd Jazri Ikmal Hijaz berkata, SCCI yang juga ahli Pertubuhan Ekonomi Asia Pasifik (APEC) memiliki banyak rangkaian perdagangan di dalam dan luar Sarawak malah rantau Asia.

Mahsuri Dagang sertai SCCI, mahu kembang perniagaan di Sarawak | TVS

“Mahsuri Dagang Sdn Bdn memanfaatkan rakan kongsi tempatannya dari segi pendigitalan dari pelbagai peringkat untuk memberikan nilai tambah.

“Berpusat di Semenanjung Malaysia, syarikat ini mahu berkembang ke Sarawak. Kerjasama Mahsuri Dagang Sdn Bhd dengan SCCI memberikan keuntungan kedua-dua pihak sama ada pendigitalan mahupun media sosial.

“Kami juga dapat menambah nilai dari segi penyertaan dalam beberapa pameran perdagangan serta menjadi lebih mesra perniagaan terhadap barangan pengguna yang bergerak pantas (FMCG), sekaligus meningkatkan penjualan serta promosi produk Mahsuri,” katanya ketika ditemu bual TVS di pejabat SCCI, di sini hari ini.

Pada masa sama, Presiden SCCI Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Openg berkata, keputusan Mahsuri Dagang untuk menjadi ahli SCCI merupakan langkah tepat pada waktunya.

Menurut beliau fokus utama SCCI adalah untuk mendapatkan lebih ramai ahli sekali gus mempromosikan peluang pelaburan.

“Kami menggalakkan orang yang menjalankan perniagaan untuk menyertai SCCI supaya kami boleh membantu mereka untuk mempromosikan dan mengembangkan produk mereka serta untuk menjalinkan rangkaian.

“Apabila ahli baharu seperti Mahsuri Dagang masuk, kami mengalu-alukannya kerana kami merasakan bahawa mereka dapat membantu luaskan aktiviti dan program SCCI, di samping bergerak pantas pada masa hadapan,” katanya lagi.

Ini menurut beliau disokong dengan keluasan kawasan yang ada di Sarawak dan mempunyai pentadbiran kerajaan negeri yang stabil. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan