Search
Close this search box.
Seorang lelaki berusia 40-an kerugian RM271,100 selepas ditipu sindiket pelaburan tidak wujud dalam talian yang ditemui semasa melayari Facebook. Foto hiasan Envato

Lelaki kerugian RM271,100 selepas terpedaya sindiket pelaburan tidak wujud di Facebook

KUCHING, 12 Jun: Seorang lelaki berusia 40-an kerugian RM271,100 selepas ditipu sindiket pelaburan tidak wujud dalam talian semasa melayari Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima laporan berhubung kes itu pada Isnin.

“Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam satu kumpulan Whatapps ‘Pimco Malaysia Station’. Bagi melakukan pelaburan tersebut, mangsa telah diberikan satu aplikasi untuk dimuat turun di dalam telefon bimbit iaitu aplikasi “T.RowerPricePlus”.

“Mangsa kemudian dijanjikan pulangan pelaburan yang tinggi telah melakukan 18 kali transaksi dalam talian keenam akaun syarikat yang berbeza secara berperingkat mulai bulan April hingga Jun tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Ahsmon berkata, jumlah kes yang disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Kuching bermula dari Januari hingga Jun 2024 melibatkan modus operandi yang sama ialah sebanyak 27 kertas siasatan yang telah dibuka melibatkan kerugian sebanyak RM 2.92 juta.

“Kita mengingatkan orang awam agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang pelaburan dalam talian yang menjanjikan keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan