Search
Close this search box.
Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi dibawah program Pendidikan Islam UNIMAS telah menganjurkan program Juh Berambeh di Kampung Asajaya Ulu pada 8 Jun lepas. Foto UNIMAS

Juh Berambeh: Pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit UNIMAS dekati penduduk Kampung Asajaya Ulu

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 12 Jun: Pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit ,Pusat Pembangunan Pelajar UNIMAS di bawah Program Pendidikan Islam menganjurkan program Juh Berambeh di Kampung Asajaya Ulu pada 8 Jun lepas.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan alumni) UNIMAS, Prof.Ir.Ts.Dr Al-Khalid Othman berkata, program seperti ini membantu pelajar dalam pemerkasaan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan serta dapat meningkatkan kemahiran interpersonal pelajar secara langsung di luar bilik kuliah bersama komuniti.

Katanya, impak daripada program ini adalah kebersamaan pelajar bersama komuniti apabila mereka berinteraksi secara langsung sekaligus meningkatkan kemahiran komunikasi dalam diri pelajar.

Antara aktiviti yang telah dianjur oleh UNIMAS sesi latihan tarannum Al-Quran. Foto UNIMAS

Program tersebut juga merupakan projek khas daripada tugasan Kursus Kokurikulum Berkredit UNIMAS dengan kerjasama program ‘community outreach’ Pendidikan Islam di bawah Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi UNIMAS.

Selain itu, Dr Al-Khalid Othman mendedahkan pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan oleh pelajar untuk meningkatkan interaksi dan mengeratkan hubungan antara pelajar dan penduduk kampung.

“Antara aktiviti yang dijalankan oleh para pelajar UNIMAS termasuk demonstrasi pembuatan kuih-muih tradisional, sesi latihan tarannum Al-Quran, dan persembahan silat seni.

“Program tersebut telah melibatkan penyertaan seramai 200 orang peserta dari kampung tersebut dan 99 orang pelajar UNIMAS,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pr0gram berkenaan turut dihadiri Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar UNIMAS Prof Madya Dr Faisal Ali Anwarali Khan dan tiga orang fasilatator program tersebut Siti Asmah Mas, Muhd Syahazizamir Sahmat, dan Fatin Ardani Zamri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan