Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom ketika berucap semasa Majlis Penangguhan Agrofest Gedong 2024 di Dewan Datuk Patinggi Ali Gedong pada Rabu. Foto TVS

Jabatan Pertanian Sarawak perlu kemas kini maklumat E-Tani menjelang 2030 – Rundi

GEDONG, 12 Jun: Jabatan Pertanian Sarawak diminta agar mengemas kini maklumat E-Tani dengan lengkap bagi memastikan matlamat pembangunan industri pertanian Sarawak dapat dilaksanakan menjelang tahun 2030.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, maklumat yang dikumpul antaranya bagi memudahkan bantuan diberikan secara bersasar kepada petani dan kawasan pertanian.

Justeru itu, semua pihak katanya perlu bergerak dengan lebih pantas dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan.

“Jadi kita tak boleh tunggu lagi ini 2024 hanya tinggal lima atau enam tahun lagi untuk tahun 2030 untuk kita mencapai semua sasaran yang ditetapkan.

“Dengan itu saya mengarahkan jabatan pertanian untuk mengumpulkan maklumat sesempurna mungkin untuk e-tani supaya kita dapat memberi bantuan atau yang bersasar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Penangguhan Agrofest Gedong 2024 di Dewan Datuk Patinggi Ali Gedong pada Rabu.

Tambahnya laporan yang diperoleh kelak akan dapat memastikan bantuan yang akan diberikan kepada petani dapat sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukannya serta mengelakkan pembaziran berlaku.

Menurut Rundi, usaha itu bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan dan pengukuhan industri sesebuah tanaman senantiasa dapat berjalan dalam keadaan yang baik menuju tahun 2030. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan