Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Sambutan Gawai Dayak 2024 Jabatan Premier Sarawak di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 12 Jun 2024. Foto UKAS

Ekonomi hijau: Sarawak dapat reaksi positif daripada pakar industri – Abang Johari

ByAmirah Shawel

KUCHING, 12 Jun: Pelan hala tuju ekonomi hidrogen yang dibangunkan Sarawak mendapat reaksi positif daripada pakar dan pengamal industri ekonomi hijau, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, Sarawak juga dikenali sebagai wilayah anteseden yang menjadikan kelestarian alam sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan.

Pakar terpegun dengan pencapaian Sarawak dalam ekonomi hijau | TVS

“Mereka terpegun dengan dasar ekonomi hidrogen kita. Mereka mengambil kita sebagai contoh kerajaan yang komited untuk mengurangkan pelepasan karbon, dan pada masa sama membangunkan ekonomi baharu sebagai sebahagian daripada agenda Pembangunan,” kata beliau.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Gawai Dayak Jabatan Premier Sarawak 2024 di Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini.

Beliau walau bagaimanapun berkata, lebih banyak yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030 dengan mempelbagai sumber dan hasil bumi.

Terdahulu, Abang Johari turut berkongsi beliau sempat bertemu dengan pakar sektor agrikultur pada Selasa bagi membincangkan isu keterjaminan makanan dan perubahan iklim.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak bersedia memperuntuk RM500 juta tahun hadapan untuk meningkatkan sistem pengairan dan saliran bagi tanaman padi wilayah ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan