Search
Close this search box.
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di sini pada 17 hingga -24 Ogos ini. Foto TVS

Bola tampar Sarawak sertai dua kejohanan sebagai persiapan intai emas SUKMA 2024

ByBernama

SIBU, 12 Jun: Pasukan bola tampar Sarawak akan bersaing dalam dua lagi kejohanan untuk memperkemaskan persiapan mereka menjelang usaha menggondol dua pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di sini pada 17 hingga -24 Ogos ini.

Kejohanan pertama ialah Kejohanan Jemputan Datuk Bandar Cup Win Streak Malaysia 2024 di Johor pada 18 hingga 22 Jun ini.

“Bagaimanapun, hanya pasukan lelaki akan bertanding dalam kejohanan itu,” kata Pengerusi Persatuan Bola Tampar Sibu Datuk Moh Wung Ming, juga ketua jurulatih Sarawak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) RM50,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek bagi pemasangan sistem panel LED di Stadium Tertutup Bola Tampar Sibu di Taman Rejang di sini.

Stadium berkenaan merupakan venue sukan bola tampar  SUKMA.

Skuad lelaki dan wanita kemudian akan menyertai Kejohanan Piala Sarawak dari 2 hingga 8 Julai ini.

“Pasukan dari Australia, Filipina dan Thailand akan bersaing dalam kejohanan itu manakala Indonesia dan Taiwan masih belum mengesahkan penyertaan mereka,” katanya.

Sementara itu, Chieng yang juga penolong chef de mission Sarawak bagi bola tampar berkata negeri itu menyasarkan untuk memenangi kedua-dua acara lelaki dan wanita.

Pada edisi 2022 di Selangor, pasukan lelaki Sarawak menggondol emas manakala pasukan wanita mendapat gangsa.

Selain bola tampar, Sibu juga akan menjadi tuan rumah acara bola sepak dan badminton untuk SUKMA. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan